Kerajaan Perpaduan Membawa Harapan Kepada 2023 Rakyat Malaysia Akan Merasai Hasil Kestabilan Politik:KLCAH

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) mengharapkan agar keadaan politik di Malaysia akan terus stabil sepanjang tahun 2023, malah ekonomi akan berkembang dengan mantap di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan yang membawa keharmonian dan kemakmuran.

Pihak KLCAH yakin Kerajaan Perpaduan yang dipimpini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat menyatukan rakyat dari semua kaum demi memajukan Malaysia, dan bergerak menuju ke arah matlamatnya.

“Walaupun kebanyakan dasar kerajaan memerlukan masa untuk dilaksana dan menunjukan keputusan, apa yang dinampak oleh rakyat ialah Menteri Kerajaan Perpaduan sendiri turun padang untuk mendengar suara rakyat, merasai rezeki rakyat, dan secara peribadi menyelesaikan masalah, dan ini pasti akan menambah keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.”

Dalam perutusan sempena tahun baharu 2023, Presiden KLCAH Datuk Seri Dr KK Chai mengucapkan selamat maju jaya kepada semua lapisan masyarakat, beliau juga menegaskan bahawa cabaran bagi Kerajaan Perpaduan pada tahun yang akan datang termasuk menyelesaikan inflasi, kekurangan makanan, kos sara hidup rakyat yang tinggi dan lain-lain masalah yang berkenaan dengan kehidupan rakyat.

Beliau berkata, peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 telah dibentang pada 20 Disember tahun lalu, bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, manakala bajet 2023 akan dibentang pada 24 Feb tahun ini. Rakyat secara umumnya berharap kerajaan akan meneruskan dasar memberi manfaat rakyat dan peniaga, dan pada masa yang sama dapat membantu rakyat menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup.

“Pada tahun ini, pilihan raya negeri akan diadakan di 6 negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pilihan raya negeri-negeri ini sudah pasti akan memberi kesan kepada situasi politik dan seterusnya menguji kestabilan Perpaduan Kerajaan, jadi rakyat perlu terus mempertahankan Malaysia yang berbilang kaum dan agama.”

Katanya, data setiap negeri membuktikan tadbir urus politik mono-etnik dan agama tidak kondusif kepada pembangunan ekonomi tempatan terutama dalam menarik pelaburan asing dan pelancong, kerana menurut data yang dikeluarkan sebelum wabak Covid 19, kedudukan KDNK per kapita negeri dan wilayah di negara ini mengikut giliran ialah Kuala Lumpur (RM111,300), Labuan (RM65,900), Pulau Pinang (RM49,900), dan Sarawak (RM49,300), Selangor (RM48,100), Melaka (RM46,000), Negeri Sembilan (RM41,600), Pahang (RM35,400), Johor (RM34,400), Terengganu (RM29,300) , Perak (RM29,200), Sabah (RM24,000), Perlis (RM23,400), Kedah (RM20,300) dan Kelantan (RM13,600).

“Malaysia juga telah menarik pelaburan yang diluluskan bernilai RM123.3 bilion (US$28.0 bilion) dalam sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan merangkumi 1,714 projek dari Januari hingga Jun 2022 termasuk membuka 57,771 peluang pekerjaan, bagi projek yang diluluskan kerajaan, lima negeri utama iaitu Johor, Selangor, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang, menyumbang RM103.5 bilion (US$23.5 bilion) atau 83.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.”

Di samping itu, Datuk Seri Dr KK Chai menegaskan bahawa kerajaan perlu terus memberi perhatian kepada masalah pembangunan dan kesukaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana PKS memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan ekonomi negara kita.

“Kerajaan perlu menyelesaikan masalah kekurangan buruh dengan memperkenalkan cara one-stop, mengurangkan birokrasi dalam operasi perniagaan, dan menggalakkan pelaburan yang lebih besar untuk memacu peluang pekerjaan dan membolehkan pasaran ekonomi beroperasi, supaya pendapatan rakyat stabil dan mencukupi untuk menampung perbelanjaan hidup.”

Beliau juga menegaskan bahawa industri pelancongan boleh bertindak sebagai pemangkin pemulihan ekonomi. Dengan pembukaan semula sempadan, Malaysia akan menjadi destinasi pelancongan banyak negara.

“Ini kelebihan kita, ,menurut data pada 2018, pendapatan negara kita melalui industry pelancongan menyumbang RM84.1 bilion kepada ekonomi negara, pada 2019 ia adalah RM182.1 bilion, dan pada 2020 ia telah jatuh kepada RM52.4 bilion disebabkan oleh kesan wabak Covid 19.”

“Walaupun industri pelancongan bertambah baik pada 2021 dan 2022, ia masih agak jauh daripada kemuncaknya pada 2019. Justeru, kita berharap kerajaan dapat mempercepatkan pembangunan industri pelancongan supaya dapat kembali ke keadaan pra-wabak. secepat mungkin dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.”